Tiny Techies - Bengkel Mahir IOT Inovasi Sesi 5
26 November 2025 | Aktiviti Terkini25 November 2025 – Seramai 1 orang peserta yang menghadiri sesi Webinar Tiny Techies bagi Bengkel Mahir IOT Inovasi Sesi 5 di NADI Linggi.
Tujuan webinar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang asas IOT serta cara IOT digunakan untuk mencipta inovasi yang memberi manfaat dalam kehidupan seharian.
Peserta akan mempelajari bagaimana peranti dihubungkan melalui internet, cara sensor mengumpul data dan bagaimana automasi boleh dibangunkan untuk menyelesaikan masalah sebenar.
Webinar ini sesuai untuk pelajar sekolah menengah dan peminat teknologi yang ingin mendalami bidang IOT Inovasi dengan lebih praktikal dan interaktif.
Terima kasih buat peserta yang telah menghadiri sesi webinar ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: